Alhamdullilah hingga saat ini diri ini masih diberi peluang bernafas di dunia yang fana ini..
Seorang ibu yang fitrahnya penuh dengan kasih sayang berkata tatkala melihat anaknya bermain di luar rumah,
" abang jangan main kotor kat luar tu, nanti kuman masuk dalam badan". "kuman tu ape ibu?" si anak bertanya kembali dengan penuh tanda tanya di hati..

Bila kita fikir kembali kuman yang tidak mampu terlihat oleh pandangan mata kasar (terlalau kecil) mampukah mengundang bahaya kepada kita manusia, makhluk terbaik ciptaan-Nya? Kadang-kadang kita manusia, makhluk teragung ini terlalu angkuh, memandang rendah pada yang tak punya kuasa, yang tak punya nama, yang tak punya apa-apa. Pasti semua bersetuju makhluk sekecil kuman mampu membuat kita terbaring lemah tak bermaya. Hebatkan ciptaan Tuhan...
Kuman atau bahasa sainsnya bakteria mampu melemahkan sistem badan manusia sehingga boleh meragut nyawa..tak sangkakan walau hanya sekecil kuman namun cukup bahaya..bakteria pun kita dah tak bole lihat tapi ada yang lagi kecil daripada bakteria nama dia virus..sebesar-besar virus adalah sekecil-kecil bakteria..hmmm memang kecil betul, bole tengok bawah elektron mikroskop je. Virus pun tak kurang hebatnya menyerang manusia yang hanya hamba di muka bumi ini..kita selalu dengar pasal influenza kat Tv yang mampu membunuh beratus-ratus orang. Influenza ni kalo bahasa mudahnya selesema. Contohnya selesema burung, H1N1 dan banyak lagi la. virus ni bahaya sebab dia terlalu mudah nak berubah bentuk. tak sempat saintis nak buat anti- viral dia dah berubah bentuk, so kena la buat yang baru..lagi satu virus ni cepat sangat merebak..tu la sebabnya bila kita duduk dekat-dekat dengan orang yang selesema nanti kita pulak berjangkit..
Kita kembali pasal bakteria..walaupun bakteria menyebabkan pelbagai jangkitan pada manusia tapi Allah itu Maha Adil..setiap penyakit pasti ada ubatnya..dengan akal yang dianugerahkan oleh Pencipta manusia mampu mencipta anti bakteria atau antibiotik..contoh antibakteria adalah penicillin, cephalosporine,carbapenams dan banyak lagi la..pe yang menariknya kebanyakkan antibakteria ni kita dapat dari bakteria gak..bakteria yang bagi penyakit tapi bakteria juga sumber penyembuhnya..

Antibakteria berbeza dengan antivirus..antibakteria hanya untuk merawat jangkitan daripada bakteria bukan daripada virus..tapi hari ni kadang-kadang bila kita pergi klinik sebab selesema atau demam mesti dapat antibiotik..selalunya selesema yang biasa je disebabkan oleh virus bukan bakteria, so kalo makan antibiotik bukan bole hilangkan selesema pun sebaliknya bole datangkan kesan yang lain pulak..hurm dalam kes ni doktor ni bole dipersalahkan la..tanggungjawab doktor memberi rawatan terbaik tapi suka-suka hati je kan bagi ubat yang tak betul..pesakit bukan tau pe makan je la antibiotik mengikut nasihat doktor..kalo demam dan badan rasa sengal-sengal pun selalunya disebabkan oleh virus, so takde maknanya makan antibiotik..bile demam makan je PCM atau panadol lepas tu rehat..tapi jangan salah faham dengan menganggap semua selesema dan demam disebabkan oleh virus, ada la juga yang disebabkan oleh bakteria..doktor sepatutnya tahu apa simptom-simptomnya..so kena la pastikan dengan doktor sama ada disebabkan oleh virus atau bakteria..doktor-doktor dan bakal-bakal doktor pula kena diagnos pesakit tu betul-betul..selesaikan amanah yang diberi dengan sebaiknya..ingatlah kita hanya hamba kepada-Nya, kita juga khalifah yang diberi amanah di mana setiap perlakuan kita pasti akan disoal di akhirat kelak..
Kembali pasal antibiotik..
Selalu kita dengar bila time ambil ubat " ni antibiotik, so kena makan sampai habis"..mesti ada yang tertanya-tanya kenapa mesti makan sampai habis. Ada gak yang tanya, " kalo tak makan bagi abes ada efek ke? antibiotik je pun". Setiap ape yang Allah ciptakan pasti ada manfaatnya, sama la juga kenapa kne makan antibiotik sampai abes. Antibiotik ni fungsinya untuk membunuh bakteria-bakteria jahat yang ada dalam badan kita..Jadi kita kena habeskan makan antibiotik untuk pastikan semua bakteria jahat mati. Andai kata kita tak abeskan antibiotik kemungkinan masih ada bakteria jahat yang hidup. Bila bakteria ni masih hidup penyakit pun tak baik. Kita pergi lagi sekali klinik, tapi kali ini doktor dah tak bole bagi antibiotik yang sama sebab bakteria tadi dah tau macam mane mekanisme antibiotik yang pertama tadi membunuhnya..so dalam kata orang sains bakteria tadi dah "resistance" pada "antibacterial agents"..so kena la habeskan antibiotik..bile bacteria dh "resistance to antibacterial agents" timbul la masalah baru yang lebih kronik sebenarnya.
Antibiotik ni ada banyak level..sepatutnya bile sakit untuk kali pertama doktor perlu bagi antibiotik level pertama supaya bila penyakit tu tak sembuh doktor bole bagi antibiotik level kedua dan begitu lah juga untuk seterusnya..malangnya masih ada para doktor yang nak keje mudah je dengan terus bagi antibiotik level yang paling tinggi kononnya dapat membunuh semua jenis bakteria, tapi bagaimana kalo bakteria tak terbunuh? nak bagi antibakteria pe lagi? hurm... pesakit tu mungkin akan terbunuh hanya kerana jangkitan bakteria yang terlalu kecil dipandangan mata..so dalam menjalankan amanah kita di atas muka bumi ini janganlah terlalu ambil mudah..Islam itu mudah tapi jangan dipermudahkan..

Kalo nak cerita pasal antibiotik ni sebenarnya banyak lagi..tapi cukuplah sekadar ini sebagai perkongsian..andai ada yang tersalah mohon betulkan kerna diri ini hanya insan biasa yang tak lepas daripada melakukan kesalahan.Sakit itu datangnya dari ALLAH dan hanya ALLAH yang berhak menyembuhkan..betapa luas ilmu ALLAH, andai diangkat jarum dari lautan air yang menitis itulah ilmu yang kita peroleh hari ini manakala air lautan itu ilmu Pemilik alam semesta..tidak perlu kita mendabik dada dengan ilmu yang kita ada kerna itu semua pinjaman semata-mata.
Moga ilmu yang kita peroleh hari ini dapat memberi manfaat kepada diri dan orang lain..
wassalam..
Perkongsian yang bermanfaat :)
ReplyDeletealhamdulillah..sekadar berkongsi ilmu yang diberi pinjaman je..terlalu sedikit kalo nk dbndingkan dengan ilmu YANG MAHA MENGETAHUI..=)
ReplyDelete